"Tidak Ada Had Umur Dalam Perjuangan Gerakan Islam Kerana Penamatnya Ialah Mati".

Wednesday 16 September 2015

Hadiah Ramadhan dari Ilahi di Bumi Perth, Western Australia.

| Siri 1 |


Maahad Tahfiz Negeri Pahang, Kuantan

Alhamdulillah…

Segala puji bagi Allah…

Seribu kesyukuran yang tidak dapat aku ungkapkan dengan perbuatan melainkan merasa syukur yang tidak terhingga dengan hadiah yang cukup bermakna. Aku seorang yang penghafaz al-Quran. Aku menghabiskan masa 2 tahun 8 bulan untuk mengkhatamkan hafazanku di Maahad Tahfiz Negeri Pahang. Permulaan aku memasuki di tempat pengajian tersebut, aku merasakan amat perit kerana kesukaran aku mengingati ayat hafazanku. Bermula dari semester 1 sehinggalah aku di semester 3, aku masih merasakan begitu perit untuk aku menghafaz al-Quran yang memang amat sukar. Pelbagai perasaan yang hadir seperti stress, tension, marah, rasa nak berhenti dari menjadi penghafaz al-Quran pun ada. Namun, aku bersyukur kerana Allah kurniakan seorang guru tasmi' yang prihatin terhadap aku. Beliau yang aku maksudkan itu ialah Ustaz Ahmad Redzuan. Ustaz Wan panggilan yang biasa aku panggil selaku pelajar di maahad tersebut. Ustaz Wan banyak mendorong aku. Banyak memberi semangat, kata-kata motivasi yang membuatkan aku menjadi semangat. Setiap kata-katanya inshaAllah akan aku pegang selagi mana aku hidup di muka bumi ini.
Ustaz Ahmad Redzuan b. Amat
(Pensyarah MTNP)

Aku tidak mengikutkan kehendak nafsu aku, aku terus berusaha dan berusaha dan terus berusaha. Alhamdulillah, “ di mana ada kemahuan di situ ada jalan"من جدَّ وجد"  Alhamdulillah, akhirnya, aku berjaya menghabiskan pengajianku peringkat Diploma Tahfiz al-Quran wal Qiraat pada Mac 2014. Kesusahan aku mengharungi selama 3 tahun pengajian memang memberikan aku pengalaman yang amat bermakna buat diriku. Untuk menghafaz “Kalamullah” bukanlah sesuatu yang senang dan bukanlah sesuatu susah. Jika ia tidak dijaga dengan betul ia akan hilang begitu sahaja. "Al-Quran itu ibarat seekor unta liar, jika kuat ikatan padanya, maka jinaklah ia. Namun, jika longgar ikatan itu maka mudahlah unta liar itu terlepas." Begitulah umpama seorang penghafaz al-Quran dengan al-Quran yang di hafaz. Penghafaz itu sebagai tali ikatan manakala unta itu umpama bagi al-Quran. Makin banyak kita ulang makin kuat ingatan pada ayat yang dihafaz.
inshaAllah...semoga aku tergolong dalam golongan yang menjaga hafazanku agar diakhirat kelak aku tidak menjadi fitnah. Aamiin.

     Okey, aku ingin berkongsi cerita selepas aku tamat pengajian sebelum aku dapat pergi ke Perth, Australia. Setelah tamat exam last di Darul Quran. Aku berehat di rumah selama seminggu. Kemudian, aku dipelawa untuk mengambil sanad bacaan secara bertalaqqi al-Quran dari Syeikh Abdurrahman yang didatangkan dari Mesir.

Syeikh Abdurrahman yang didatangkan dari Mesir.
Sijil Talaqqi al-Quran Bersanad.
Aku menghabiskan talaqqi bacaan alQuran bersanad selama 6 hari dengan riwayat Hafs a'n A'sim. Selepas dari itu aku mendapat tawaran untuk bekerja sambilan di Kompleks Yayasan Pahang yang bersebelahan dengan Maahad Tahfiz Negeri Pahang. Aku bekerja selama sebulan je...haha..tak leh lama-lama sangat nanti.... =) 
Sempat Aku menconteng ketika bekerja sambilan di YP.


    Alhamdulillah, sebulan aku bekerja dapatlah sebanyak sedikit pengalaman bekerja tu.. Bekerja menghadap komputer key-in data biasiswa pelajar-pelajar menengah seluruh sek. men. di N.Pahang. ( Maklumat aku pun masih ada lagi dalam sistem tu..haha..sempat juga aku mengchek dalam sistem. Sebabnya waktu sek. men aku penerima biasiswa..hehe..). 

to be continued......
haha... nanti aku sambung inshaAllah smpai ke Australia 

Share:

Monday 14 September 2015

Ujian Kehidupan

  Kehidupan yang kita lalui di dunia ini penuh dengan ujian. Tak kesah ujian sakit ke ujian exam ke ujian ketika melaksanakan sesuatu urusan dalam pekerjaan dll. 

"Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan,
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan,
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali,

Ujian adalah tarbiyah dari Allah,
Apakah kita?kan sabar ataupun sebaliknya,
Kesenangan yang datang selepas kesusahan,
Semuanya adalah nikmat dari tuhan, "

~Kehidupan_Nazrey ft In-Team

  Sebaik-baik ubat ketika kita berhadapan dengan ujian adalah keSABARan. Bersabarlah ketika menghadapi ujian, ini kerana ujian itulah tanda iman kita diuji oleh Allah s.w.t. Allah ingin melihat hambaNya itu mengingati Dia ke tidak..
Kita janganlah mengingati Allah ketika susah saje, tetapi ingati Allah setiap waktu. 

       "Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya."
{alAhzab:41}

WAllahu a'alam.
Share:

Labels