وَقُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ وَلِيٌّ مِنَ الذُّلِّ ۖ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا
Dan katakanlah: "Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!"
[Isra':111]
|
Perth City |
|
King's Park |
Alhamdulillah,
Berkat sedikit masa yang terluang ini, ingin aku coret sedikit kisah lalu (throwback) ketika Ramadan di Perth, WA. Tulisan ini kesinambungan dari penulisan yang sebelum ini "Hadiah Ramadhan dari Ilahi Di Bumi Perth, Western Australia".
Alhamdulillah, kerana aku antara enam orang yang terpilih untuk bertugas sebagai imam terawih di luar negara iaitu Australia. Negeri-negeri di Australia yang terlibat ialah Sydney, Melbourne, dan Perth. Tempat aku bertugas adalah di Perth bersama dengan seorang sahabat aku.Ramadhan pada tahun 2014. Ketika itu, bertarikh 26 Jun 2014 hingga 29 Julai 2014. Sebulan berada di sana termasuk pakej sehari lebih beraya di sana. Raya kedua pulang ke Malaysia. Flight ke Perth pada 00:05AM, bersamaan hari Jumaat pagi. (sebut waktu sebab masih tersemat lagi dalam ingatan).
|
Malaysia Hall Perth |
*****************************************
Di Perth, WA.
Selamat mendarat dibumi "koala dan kangaroo" pada jam 05:25AM (rasanya). Pengalaman di Airport Perth kali pertama ni memang tak boleh dilupakan. Lama juga sangkut kat dalam. Imegrisen dia ketat juga. Pelbagai soalan yang ditanya. Pelbagai jugalah aku menjawab dengan bahasa yang aku tak fasih langsung. Huhu.. Alhamdulillah, lepas juga. Setelah itu, aku disambut oleh pegawai Malaysia di sana iaitu panggilannya En. Rudy. Kebetulan pada hari aku datang tu, ada juga artis dari Malaysia turut sampai di Airport Perth. Iatu Hail Amir. En. Rudy pun menunggu ketibaan kami dan artis tu. Keluar dari airport terasa sejuk. Ketika itu, first time, time cakap keluar asap disebabkan sejuk. Teruja juga aku main asap. Aku membawa bagasi ke kereta En.Rudy. BMW ter..seronok jugalah perasaan waktu tu. haha..Artis tu pun turut naik bersama kami. Bergerak ke Dewan Malaysia Perth @ Malaysia Hall Perth (MHP).
Hari aku sampai tu ialah hari jumaat. Aku dan sahabatku diberitahu oleh En.Rudy, bahawa hari tu kami ada tugas untuk menguruskan jenazah seorang pelajar Malaysia yang meninggal dunia. Akibat kematian tidak diketahui. Setelah hantar beg bagasi ke MHP. Aku berehat sebentar sementara menunggu En.Rudy membawa ke Masjid Mirrabooka. Salah satu masjid yang terdapat di sana. Seusai urusan mandi jenazah. Aku pergi solat jumaat di masjid tersebut. Selepas habis solat, aku dan sahabat aku bertemu sekumpulan pelajar malaysia yang belajar di masjid tu. Salah seorang daripadanya ialah artis
vlogger YouTube yang terkenal dengan videonya yang memberi
input nasihat baik. Iaitu Mat Lutfi. Sempat berkenalan sekejap kerana kami perlu ke tanah perkuburan pula untuk melaksanakan tuntuntan ke atas jenazah pelajar yang meninggal itu dengan kebumikan jenazah tersebut di tanah perkuburan di sana.
Alhamdulillah, selesai semuanya dalam waktu 2-3 petang juga. Selepas itu, kami pulang ke MHP. Sebelum pulang ke MHP sempat singgah di Makan-makan Cafe. Restauran Makan-makan Cafe merupakan restauran orang malaysia yang membuka kedai makan di sana. Mereka menetap di sana hampir lebih 5 tahun ke atas. Di restauran itu, makanan yang disediakan enak mengikut citarasa orang melayu.
|
Di Tanah Perkuburan, Perth WA |
*********************************************
Hari berikutnya, hari sabtu 27 Jun 2014. Dua hari pertama di Perth, waktu tu tak puasa lagi. Hari sabtu tu, tak silap aku ada majlis di MHP. Majlis bersama artis Siti Nordiana (Achik Spin) dan Hail Amir serta artis popular YouTube Abang Ajek. Sempena rakaman Radio Klasik Nasional untuk siaran Hari Raya Aildilfitri
"Konsert Syawal Nun Jauh". Sempat aku merasa sehari suasana beraya di Perth. Esoknya puasa. (Haha...acah2 raya awal sebelum puasa). Petang tu, Ustaz Asri, Imam Masjid Mirrabooka, membawa aku dan sahabatku pergi mencerap anak bulan di suatu tempat yang tinggi. Ermmm.. aku dah lupa pula nama tempat tu.
|
Menunggu matahari terbenam |
|
Dari kiri: Imran Kahiri, Aku, Ustaz Asri |
|
Teleskop milik Ustaz Asri |
|
Pentas MHP |
Start puasa di Perth pada tahun 2014 tu, hari Ahad, 28 Jun 2014. Sepanjang bulan puasa pelbagai program yang di atur untuk orang Malaysia di sana. Antaranya, solat terawih bersama-sama di surau MHP serta tazkirah sepanjang ramadan, Ifthor Jamaie, Kem Solat dan Kem Intensif al-Quran untuk kanak-kanak melayu di sana. Program sampingan tahsin tajwid bagi dewasa serta kemuncak program Solat Hari Raya Aidilfitri & Khutbah pada 1 Syawal.
****************************************
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI PERTH
Di sini aku ingin menceritakan sedikit tempat-tempat yang menarik sempat aku melawati. Antara tempat yang menarik ialah
Caversham Wild Life Park, The Margaret River Chocolate Co, Windarra Honey, Mondo Nougat, Fremantle @ Freo, Fremantle Prison, Fish & Chip, Makan-makan Cafe, King's Park and Botanic Garden, Universiti Western Australia, Universiti Murdoch, Universiti Curtin, Chocolateria San Churro , dan jalan-jalan sekitar
Perth City.
Caversham adalah zoo bagi binatang-binatang. Kalau rasa nak pergi melihat kanggaroo dan koala boleh lah datang ke
Caversham. (Jangan lupa kirim salam ke kanggaroo putih haha..). Banyak lagi binatang lain.
The Margaret River Chocolate Co adalah tempat coklat-coklat. Yang seronoknya kat sini adalah boleh ambil coklat seberapa yang banyak untuk bawa balik. Coklat yang dia beri je lah.. Selain dari tu kena beli.
Windarra Honey adalah tempat jualan madu dan segala barang yang diperbuat dari madu lebah sepeti sabun, lilin dll.
Mondo Nougat adalah tempat nougat yang banyak jual kat situ..haha.. tak tahu nak beritahu nougat tu macam mne..tapi rasanya ramai tahu. Sejenis makanan juga. Golongan coklat mungkin. Ada juga kacang-kacang kat situ.
Fremantle @ Freo adalah tempat yang terdapat di sana tempat-tempat untuk beli cenderahati dan berdekatan dengan
Fish & Chip. Fish & Chip tempat kami singgah beli makanan ikan goreng bersalut tepung dan pelbagai lagi makanan
seafood. Tapi waktu aku pergi tu hanya beli sahaja. Tak makan kat situ sebabnya puasakan.. Jadi, beli bungkus bawa balik. Makan waktu berbuka puasa. Tapi untung jugaklah sebab ada orang yang belanja.
Makan-makan Cafe sebuah restauran anak melayu yang mengusahakannya. Jika, pergi ke Perth jangan lupa singgah di Makan-makan Cafe (ayat promot ni).
King's Park and Botanic Garden adalah taman reaksi dan kebun bunga yang terdapat di sana. Kedudukannya yang menarik dan strategik di atas bukit menjadi tarikan untuk ke situ kerana apabila berada di atas sana kita boleh melihat pemandangan
Perth City dari King's Park. Pemandangan ia cukup menarik apatah lagi waktu malam dihiasi dengan nyalaan lampu yang pelbagai.
Perth City berdekatan dengan MHP. Di sana boleh kita jalan-jalan untuk beli barang-barang yang kita ingin seperti
mall-mall yang terdapat di sana. Perkhidmatan bas
free ada disediakan.
Universiti Western Australia, Universiti Murdoch, Universiti Curtin antara unirversiti yang sempat aku pergi. Aku tidak lah jalan sepenuhnya, tapi sempat juga aku memerhati keadaan tiga universiti tersebut. Menarik ketika aku pergi tu keadaan menghijau dengan
landskap yang menghiasi universiti tersebut.
Chocolateria San Churro adalah tempat yang seronok untuk kita pergi makan coklat dan minum-minum bahasa mudah
"ngeteh sambil makan coklat". Aku pergi pun waktu tu selepas habis terawih. Kiranya pergi untuk morehlah seronok juga di situ.
|
Mondo Nougat |
|
Kilang Chocolate |
|
Banyaknya coklat. |
|
Hasil dari madu. |
|
Kilang Madu |
|
Koala yang pemalu |
|
Binatang apa ni? |
|
Kanggaroo Putih ni.
Dari Kiri: Aku, Afreena dan Imran |
|
Caversham| Dari Kiri: Lokman n aku |
|
Depan Muzium |
|
Design Bangunan di sana |
|
Tempat apa ni? |
|
Penjara Fremantle |
|
Nak beli ke tak nak? |
|
Antara tempat beli souvenir. |
|
Afreena ambil gambar apa tu? |
|
Hati-hati nanti jatuh |
|
Welcome to Perth |
|
Dari Kiri: Aku, Afreena dan Lokman |
|
Ikan apa tu? |
|
Fish & Chip |
|
WA Museum. Tak masuk pun. |
|
Kereta ni lah yang sempat aku bawa masa kat sana. |
|
Depan MHP
Dari Kiri: Aku, Dato' Zulkifli, Lokman dan Ustaz Lafzul |
|
WA Museum yang berdekatan dgn MHP |
****************************************
PENGALAMAN MENARIK
Pelbagai pengalaman menarik yang dapat aku kongsikan ketika sebulan berada di sana. Sebanyak sedikit telah memberi
input yang baik buat diri ini. Pengalaman juga telah mengajar kehidupan ini agar apabila kita berdepan dengan situasi yang sama kita pandai untuk bertindak atau berbuat sesuatu yang lebih baik dari pengalaman yang pertama. Kadangkala, pengalaman memberi
input yang memberi kesan yang mendalam sehingga membuatkan kita teringat akan pengalaman yang kita lalui. Suka duka sesuatu pengalaman itu ibarat asam garam dalam kehidupan. (Haha..
syarah tentang
kalimah pengalaman pulak dah..).
Ketika di sana pengalaman antara pengalaman yang dapat dikongsikan ialah pengalaman kita berbahasa dengan masyarakat melayu di sana. Ialah dengan bahasa English aku yang entah apa-apa ni sudah tentu sukar untuk aku bercakap atau mahir dalam bertutur bahasa English ni. Aku berasa syukur juga kerana terpilih untuk ke negara
omputih walaupun bahasa aku tidaklah
okey pun. Paling memberi kesan kepadaku ialah ketika aku meng'
handle' slot Kem Intensif al-Quran. Jika
presentation dalam bahasa melayu mudahlah aku untuk menerangkan kepada adik-adik yang menjadi anak muridku. Tapi sebaliknya. Aku perlu menerangkan dalam bahasa english kerana mereka sikit pun tidak faham apabila aku bercakap bahasa melayu. Mereka berumur lingkungan 7-12 tahun. Majoriti tidak fasih berbahasa melayu. Aku pula sebaliknya..huhu..Sedihnya aku. Aku cuba juga lah buat yang terbaik. Apapun, seronok melayan kerenah mereka. Inginku sebut nama setiap nama mereka dalam ni. Tapi nntilah aku tag di gambar dibawah.
Seterusnya, pengalaman menjadi imam terawih dan memberi tazkirah sepanjang ramadan secara bergilir-gilir dengan sahabatku. Pengalaman ini penting buat aku kerana latihan seperti ini perlu buat para huffaz yang menghafaz al-Quran. Ini kerana, dengan pengalaman beginilah mereka dan aku akan jadi berani apabila mendepani masyarakat di tempat masing-masing. Tidak mahu tidak, paling kurang berani jadi imam solat fardhu di masjid-masjid. Kadang pengalaman menjadi imam ini pelbagai. Hanya mereka yang pernah lalui pasti akan tahu perasaannya.
Keadaan yang menarik di Perth, telah membuatkan hatiku ini jatuh dan tertinggal kat sana =). Entah bila boleh datang kembali untuk ambil hati yang telah dicuri (poyo..haha). Jalan-jalan sekitarnya Perth melawat tempat-tempat menarik yang aku sebutkan sebelum ini membuat aku rasa seronok. Jika ikutkan aku dan sahabatku tak tahu nak pergi ke mana pun. Tapi
Alhamdulillah, ada orang yang sudi bawa kami berjalan-jalan di sana. Terima kasih kepada yang sudi membawa berjalan-jalan di sana. Keadaan di sana bersih. Kalau ikut ranking tiga negara yang aku susun pada pandangan aku Perth, Malaysia dan Mesir. Perth aku letak yang pertama diikuti Malaysia dan akhir Mesir. Kalau dah pergi sana bolehlah kita nilai sendiri. Oooh, sebelum terlupa, pengalaman yang tidak boleh dilupakan juga ialah dapat bawa kereta di negara sana. Dua kali pula tu. Kereta berlainan. Jenis
Hyundai dan
Toyota. Seronok rasa. Terima kasih kepada yang memberi peluang dan kepercayaan aku untuk bawa kereta di sana. Undang-undang jalan raya kat sana ketat. Bawa ikut had laju yang dibenarkan sahaja. Pengalaman bawa kereta di sana meninggalkan kesan pengalaman aku yang menarik. Terima kasih
"JPJ Perth". =).
Apapun banyak pengalaman menarik di sana yang banyak ingin aku kongsikan. Pengalaman
time nak pergi buka puasa di
Taka Restaurant (restauran Jepun) dalam keadaan hujan. "
Orang Abo" atau orang asli di sana yang masuk dalam MHP ketika aku sedang duduk sorang2 di ruang depan MHP. Masuk2 gi cafetaria ambil murtabak semalam. haha.. Selamat dia tak buat apa-apa yang pelik. Segala-gala pengalaman yang tidak dapat aku ceritakan kerana ia
private untuk
share. Hanya yang tertentu sahaja.
|
Kem Intensif al-Quran|
Dari Kiri Belakang:Afreena, Arissya, Marisa, Balqis, Irfan, Alif, Ashraf, Aisyah, Allia,Sofia, Alya
Depan: Lokman, Encik Rudy, aku |
|
Intensif Tajwid dengan Puan Hayati |
|
Dari Tengah: Encik Hisyam, Pensyarah (lama dah namanya), Anak En. Karim |
|
Dari Kiri: Lokman, Ustaz Azziadi, Dato' Zulkifli, Ustaz Lafzul |
|
Keluarga Kak Hajar & Abang Hassan |
|
Di Chocolateria San Churro |
|
Khusyu' mendengar. |
|
Kem Intensif al-Quran |
|
Kem Solat yang dihandle oleh Ustaz Lokman |
|
Kem Solat |
|
Penghargaan MTNP kepada MHP
Dari Kiri Dato' Zulkifli, Kak Ida (assistant MHP) dan Ustaz Azziadi |
|
Makan moreh selepas terawih bersama En Karim & Auntie Ida |
|
Anak-anak Kak Hajar, Halifi, Hafizan, Aisyah |
|
Gambar pagi raya Aidilfitri 2014 |
|
Sofia, Irfan dan Qistina |
|
Pagi Raya Di Universiti Murdoch |
|
Raya di Rumah Encik Hisyam |
|
Merasa jugaklah... |
*****************************************
Akhirnya, itulah sedikit coretan tentang memori aku di Perth, Western Australia pada suatu ketika dulu pada tahun 2014. Dua tahun sudah berlalu. Kesyukuran aku tidak terhingga kerana Allah telah memberi aku peluang berjalan di atas muka bumi ciptaanNya.
Alhamdulillah. Terima kasih juga kepada MTNP yang memberi kepercayaan dan peluang untuk berbakti di sana.
Alhamdulillah juga
, kerana dapat mengenali rakyat Malaysia yang menetap di Perth. Mungkin Allah pisahkan kita dari pandangan mata tapi hati kita tetap akan bersama kerana kita telah sama-sama telah jalinkan
ukhuwah dan doa menjadi penghubung kita.
InsyaAllah...kita akan ditemukan semula jika tiada peluang di dunia
insyAllah di syurga Allah kelak.
Firman Allah SWT:
وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ ۚ لَوْ أَنْفَقْتَ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مَا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ ۚ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
"Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
[alAnfal:63]
alfaqquruddinyusof
10 Ogos 2016
10:58 PM
Khazandarah, Shoubra.
Mesir