"Tidak Ada Had Umur Dalam Perjuangan Gerakan Islam Kerana Penamatnya Ialah Mati".

Sunday, 31 January 2016

"Hack Software"

Segala puji bagi Allah,
Tuhan sekalian alam yang mengatur setiap perkara berlaku di alam ini. Selawat dan salam buat junjungan kekasih Allah tercinta Nabi Muhammad s.a.w. 

Penulisan kali ini aku ingin berkongsi lebih kepada pengalaman. Oleh kerana itu, tajuk yang aku beri "Hack Software".

Suatu ketika dulu, sekiranya aku nak sesuatu software aku akan minta pada kawan aku untuk cari dan tolong installkan sekali dalam laptop. Tahu tak kenapa aku tidak buat sendiri?haha..
 Sebabnya aku tidak tahu nak dapatkan full version. Ketika itu fikiran ku telah mind set memang susah untuk aku lakukan. Maka, cara lain ialah dengan meminta pertolongan dari sahabat-sahabat yang pandai tentang ilmu hack software untuk dapatkan full version. Aku hanya mengetahui menggunakan saja. Tetapi, semenjak aku belajar di bumi Mesir ini, banyak perkara yang aku belajar mengenai ilmu-ilmu komputer, design, istilah-istilah komputer dll. Walaupun, ilmu ini nampak macam tidak penting pada sesetengah orang tetapi bagi aku ia penting untuk zaman sekarang lebih penting lagi ia banyak juga menjadi wasilah kepada menyampaikan dakwah Islamiah itu sendiri. Pelbagai cabang melalui video, wallpaper islamik, melalui medium alam maya seperti Facebook, Twitter, Gmail dll.

ASUS favorites laptop
 Okey, masuk pada tajuk semula. "Hack Software" istilah biasa je...Jika, kita ingin software tanpa menggunakan limited sampai 30 hari atau dikenali sebagai trial version  kita perlu beli software tersebut. Beli software perlu kepada duit semua bagai. Jadinya, cara lain adalah kita hack software tersebut.

Pelbagai istilah yang kita perlu tahu. Kemahiran pun penting juga untuk kita mudah mendapatkan software full version without buy..hahaha..Istilah seperti "patch", "keygen" dan "crack". Setiap istilah tu berbeza cara sebenarnya untuk kita dapatkan software tersebut. Tujuan dia adalah sama je..untuk dapatkan software secara full version. "Patch" dengan cara install. "Crack" dengan cara dengan cara copy and paste. "Keygen" dengan masukkan no. serial atau no. siri. "Patch" memang ada virus. "Crack" kemungkinan ada kemungkinan tiada virus. "Keygen" inshaAllah selamat dari sebarang virus.

Kesemua istilah di atas antara istilah yang biasa untuk diketahui di kalangan "hacker". haha ye dok? =) . Misalannya, untuk kita dapat software Adobe Photoshop dengan full version. Kita boleh hack  di internet untuk mendapatkannya. Pelbagai step jugalah yang perlu diikuti oleh mereka-mereka yang sediakan link untuk download software yang kita ingin. Di sini menguji kesabaran juga, kerananya untuk dapat yang free ni bukan mudah bagi sesetengah orang sama seperti aku. Sifat berputus asa jangan sesekali ada. Haha..
Ps CS6

Apakah kegunaan media ini kepada kita sebagai seorang daie?
Jika kita mempunyai kemahiran yang boleh dimanfaatkan kepada kita dan Islam, maka menjadi tugas kita untuk kita berdakwah kepada orang sesama Islam sebagai mengislah diri kita dan saudara seIslam agar menjadi lebih baik di sisi Allah SWT. Begitu juga, dakwah kita kepada non-muslim agar mereka dapat mengenali Islam yang sebenar sebagai agama atau ad-din yang suci.

`tBur ß`|¡ômr& Zwöqs% `£JÏiB !%tæyŠ n<Î) «!$# Ÿ@ÏJtãur $[sÎ=»|¹ tA$s%ur ÓÍ_¯RÎ) z`ÏB tûüÏJÎ=ó¡ßJø9$# ÇÌÌÈ
“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal Yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!".
[Surah Fussilat:ayat 33]

Sekiranya wujud kekhilafan dengan cara berfikir atau penulisan aku ada terdapat kesalahan maka tegurlah aku kerana aku tidak lari dari melakukan kesalahan.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

Copyright © 2015 alfaqquruddinyusof. All rights reserved. Powered by Blogger.

About Me

My photo

Baginda menjelaskan satu ilmu yang sangat penting, “Mintalah fatwa dari hatimu.
KEBAIKAN adalah apa yang mententeramkan jiwa dan hati. DOSA adalah apa-apa yang meresahkan jiwa dan meragukan hati, meskipun orang-orang memberi fatwa membenarkanmu.”
(Hadis hasan riwayat Ahmad dan Ad-Darimi).

Langkah Pejuang

Langkah Pejuang
"Hidup Ini Satu Perjuangan"

Labels