"Tidak Ada Had Umur Dalam Perjuangan Gerakan Islam Kerana Penamatnya Ialah Mati".

Friday 12 February 2016

Graphic Design

"Segala puji tertentu bagiNya, di dunia dan di akhirat, dan hanyalah Dia yang berkuasa menghukum, serta kepadaNyalah kamu dikembalikan." 
[Surah alQasas:70]


          Perkongsian kali ini adalah kursus sambilan yang kami ambil di Mesir. Iaitu kursus Diploma Graphic Design. Kursus yang berkaitan dengan dunia edit2 gambar, buat poster, wallpaper, banner dll. Kursus ni menarik ( ikut atas minat seseorang juga ). Bagi aku sangat menarik kerana pembelajaran mengenai design2 dengan software asas iaitu Adobe Photoshop, Illustrator dan InDesign

Kursus tu di Russian Culture Centre Computer Studies Dep.Mesir. Kalau dari tempat kami tinggal di Shoubra ni nak ke tempat tu hanya menaiki metro. Mungkin dalam 20 minit. 1LE je..murah je ulang-alik 2LE je..haha. Naik di Rod El-Farag berhenti di El-Dokki. Berdekatan dengan metro El-Dokki. Dalam 5-10 minit sampai di tempat. Kali pertama pergi tu tak usah cakap lah, dengan berjalan 4km mencari tempat tak jumpa. Tu lah..Malu bertanya sesat jalan..haha.. 

Di Hadapan Russian Culture Center Computer Studies Dep.
Musim Sejuk. El-Dokki,Kaherah.
Diploma ini hanya 6 bulan sahaja. Persijilan dari Adobe sendiri. Menarik lagi, komputer yang bakal kami gunakan untuk belajar ni adalah Apple (seronok tu... waktu belajar ditempat tu je lah dapat kami guna. Nak memiliki sendiri belum mempunyai duit yang mencukupi huhu...). Dari segi bayaran keseluruhan dalam LE4500. Semoga tamat pengajian hingga ke akhirnya.

Pilihan waktu belajar

Yuran

Kursus2 yang ditawarkan.
  Alhamdulillah, bagi aku untuk hasrat sambung belajar di Mesir tercapai. Kini, berpeluang pula menambah bidang kemahiran sampingan untuk dimanfaatkan apabila pulang ke tanah air tercinta nanti (inshaAllah, 2017 pulang) buat ummah. Perjalanan hidup ini masih jauh. Pelbagai perkara yang perlu kita manfaatkan masa kita dengan perkara-perkara yang berfaedah untuk agama Islam itu sendiri. Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman dalam kitab mulia al-Quran Karim


 " ⁠⁠⁠يُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَيُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُسَمًّى ۚ ذَٰلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ لَهُ الْمُلْكُ ۚ وَالَّذِينَ تَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ مَا يَمْلِكُونَ مِنْ قِطْمِيرٍ

"Allah jua yang memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti), dan Ia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagiNyalah kuasa pemerintahan; sedang mereka yang kamu sembah - yang lain dari Allah - tidak mempunyai sesuatu pun walau senipis selaput biji kurma."

Manfaatlah diri kita buat Islam sehingga kita mampu istiqomah memperjuangkan Islam dengan menyanggupkan diri kita berkorban di atas jalan seorang pejuang. Biarkan setiap detik, saat mahupun setiap fikiran kita memikirkan tentang Islam. Apakah kerja Islam yang telah kita buat? Bagaimana kerja kita dengan gerakan Islam? Cukup sekadar kerja cincai-cincai begitu sahaja? Kemenangan Islam itu tidak akan tertegak di bumi kita sekiranya ia tidak ditegakkan dalam diri kita sendiri.

Bersama Bro Mua'wwiah.

Tinta Pejuang Islam.
10:52 AM
R.A.M, Shoubra.
Mesir.


Share:

Labels