"Tidak Ada Had Umur Dalam Perjuangan Gerakan Islam Kerana Penamatnya Ialah Mati".

Thursday 17 March 2016

Travelog Di Bumi Haramain




⁠⁠⁠وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ ۚ

"Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah"
[Surah alBaqarah:191]

"Serta pujilah Allah yang berhak menerima segala puji (dari sekalian makhlukNya) di langit dan di bumi, dan juga (bertasbihlah kepadaNya serta pujilah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zuhur"
[Surah arRum:18]

Penulisan kali ini, InshAllah akan aku kongsikan pengalaman aku ketika menziarah bumi Haramain. Alhamdulillah, sekali lagi aku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah dengan kekuasaanMu aku dapat menjejakkan kaki ke tanah suci Kota Makkah dan Madinah. Pada 17 Febuari 2016, aku dan sahabat dari Mesir telah berpeluang untuk menunaikan umrah di bawah Gemilang Travel & Tour Sdn Bhd yang diketuai oleh Ustaz Hafiz (mahasiswa tahun 3, Takhasus Qiraat). Perjalanan kami bermula dari Airport Cairo (Seasonal Airport) ke Jeddah. Jam 11:00 am dari Shoubra naik coaster yang telah ditempah. Solat Jama' & Qasr di airport sebelum berlepas ke Jeddah. Alhamdulillah, jam 5:00 pm waktu Jeddah kami selamat sampai di Airport King's Abdul Aziz Jeddah. Sampai di airport Jeddah
kami rehat, serta menunaikan kewajipan solat Jama' & Qasr (maghrib & isya') sementara menunggu bas datang untuk kami bergerak ke Madinah. Setelah selesai kami bergerak ke Madinah untuk check in penginapan kami di sana iaitu di Hotel Rose, Shaba, Madinah.



Kumpulan kami di Airport Cairo.
Ruangan menunggu bas Airport Jeddah 

Hotel Rose, Shaba, Madinah.

********************************************************
Madinah alMunawwarah
Ziarah di Madinah alMunawwarah adalah destinasi yang pertama selama 4 hari. Bermula hari khamis sampai hari sabtu. Madinah alMunawwarah terkenal dengan Masjid Nabawi. Keindahan Masjid Nabawi dapat aku lihat ketika solat subuh di sana. Alhamdulillah, hari pertama aku bersama dua
rakanku boleh memasuki Raudhah selepas selesai solat subuh. Raudhah adalah suatu tempat di Masjid Nabawi yang terletak antara mimbar Nabi Muhammad s.a.w dengan kamar baginda s.a.w.
Baginda s.a.w memberitahu tentang keutamaan Raudhah ini kepada umatnya termasuklah kita ini sebagai umat baginda s.a.w.

عَن أبي هريرة رضي الله أن النبي قال 
"مَا بَيْنَ بَيْتِي وَمِنْبَرِي رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الجَنَّةِ, وَمِنْبَرى عَلَى حَوْضى"

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda;

"Antara rumahku dan mimbarku terdapat taman di antara taman-taman syurga. 
Dan mimbarku di atas telagaku."
{HR Bukhari}

Raudhah adalah tempat orang ramai untuk memasukinya. Ruang agak terhad. Waktu untuk masuk pun kita kena pandai cari. Waktu yang kurang tumpuan orang ramai. Antaranya waktu tengah-tengah malam. Hari tu pun, rezeki aku dapat masuk Raudhah. Alhamdulillah. Di Madinah alMunawwarah, aku di bawa oleh Ustaz Hafiz selaku mutawwif untuk membawa berjalan-jalan sekitar Madinah. Ada ziarah dalam (ziarah sekitar Masjid Nabawi) dan ziarah luar.

Raudhah dalam Masjid Nabawi.
***********************************************************

Kilang Percetakan alQuran

Pagi selepas sarapan, aku bergerak ke kilang percetakan alQuran di Madinah. Ramai juga yang beratur time sampai tu. Tetapi tidaklah ambil masa yang lama untuk masuk ke dalam. Berpeluang memasuki ke kilang percetakan alQuran. Menarik juga kawasan di luar kilang tersebut. Di hiasi taman-taman, landskap yang menghidupkan suasana sedap mata memandang. Pelbagai mashaf
alQuran yang di cetak di sini. Ada dikalangan sahabat aku ni, sebelum sampai lagi, ada yang menyimpan hasrat untuk dapatkan mashaf alQuran riwayat Wasr a'n Nafi'. Namun, hasrat tu hanya sekadar hasrat sahaja. Tidak berpeluang untuk ambil riwayat lain. Mereka just beri riwayat Hafs a'n A'sim (bacaan yang kebiasaan kita dengar dan tulisan yang biasa kita lihat sekarang). Oooh, lupa nak beritahu. Di kilang alQuran sesiapa yang pergi berpeluang untuk dapatkan satu mashaf alQuran free yang mereka beri. Kebanyakan dari sahabat aku ini adalah mahasiswa Qiraat. Sebab tu sebelum aku dan sahabat yang lain pergi tu, fikir boleh minta mashaf alQuran riwayat lain. Sebab ada dikalangan kami yang bercerita boleh pilih untuk ambil riwayat lain. Tapi tu lah... tidak kesampaian. Di kilang alQuran juga ada tempat untuk wakaf alQuran. Sesiapa yang ingin untuk menyumbang atau wakaf boleh pergi ke tempat wakaf alQuran tersebut.

Sedang beratur untu masuk ke kilang alQuran 
Landskap yang menarik
Pelbagai alQuran yang ada dalam rak. 
Ruangan untuk daftar sebagai pewakaf alQuran 
Kilang Cetakan alQuran
Di Hadapan Kilang alQuran 


Ketika perjalanan pulang ke hotel, aku boleh melihat beberapa masjid yang terdapat sepanjang perjalanan. Antaranya ialah Masjid Khandaq dan Masjid Tujuh. Diberitahu juga oleh mutawwif, jalan yang dilalui itu pada asalnya adalah khandaq (parit) ketika peperangan khandaq. Sampai aku di hotel aku meneruskan ziarah ke makam agung baginda Rasulullah s.a.w di Masjid Nabawi. Kami meneruskan dengan ziarah Baqie'. Tidak berpeluang untuk masuk. Hanya dapat ambil gambar.

di Hadapan Pintu Makam Baginda Rasulullah s.a.w
Di Luar Tanah Perkuburan Baqie. 
**************************************************************
Sahabat Madinah
Pertemuan aku dengan sahabat aku yang belajar di Madinah pada khamis malam di Masjid Nabawi.
Alhamdulillah, bertemu juga walaupun agak sudah lama juga tidak bertemu bertentangan mata. Dia membawa aku ke restaurant yang berdekatan untuk berborak-borak mesra. Semoga persahabatan ini terus hingga ke syurga Allah. Bertemu berpisah kerana Allah.

Selfie sikit dengan Abrar al-Chenori


Hari kedua akhir sebelum pergi ke Mekah, aku meneruskan ziarah di sekitar Madinah al Munawwarah. Antaranya ialah Masjid Quba', Masjid Qiblatain, dan Jabal Uhud. Di Jabal Uhud terdapat maqam syuhada' yang syahid ketika perang uhud. Seterusnya lawatan ke ladang kurma. Kurma yang terbaik adalah kurma Nabi atau dikenali sebagai kurma Ajwa. Selain itu, sempat juga aku dan sahabat yang lain membeli makanan lain seperti kacang gajus, kacang cerdik, kurma coklat dan pelbagai lagi. Boleh try makan sebelum beli. Free je...

Di Jabal Uhud
Di Ladang Kurma
Maqam Syuhada' Uhud 
Pemandangan sekitar Jabal Uhud 
Atas Sutuh Masjid Nabawi, Madinah alMunawwarah

**************************************************************
Mekkah alMukarramah
Setelah 4 hari 3 malam di Madinah alMunawwarah, kini bergerak ke Mekkah alMukarramah untuk
menunaikan umrah di sana. Di Mekkah selama 11 hari. Sebelum memasuki Kota Mekkah aku dan sahabat bermiqat (tempat berniat ihram umrah) di Bir A'li (satu tempat di Madinah kira-kira 7km perjalanan ke Mekkah). Antara tempat miqat yang lain ialah Ja'ranah, Hudaibiah dan Tanai'm. Tempat miqat paling terdekat ialah Tanai'im. Hanya beberapa minit menaiki bas dari Masjidil Haram untuk sampai di Tanai'im.

Umrah 2016 

Antara tempat ziarah di Mekkah alMukarramah ialah Jabal Rahmah. Padang Arafah, Jabal Thur, Muzdalifah (iaitu tempat untuk jemaah haji kutip batu bagi melontar jamrah), Mina. Dalam perjalanan, ada melalui sebuah terowong. Diceritakan oleh mutawwif, bahawa dikawasan itu pada zaman dahulu, adalah kawasan dimana tentera-tentera bergajah dimusnahkan oleh burung ababil sepertimana yang telah dikisahkan di dalam alQuran. Aku berkesempatan untuk melawat muzium yang terdapat di Mekkah iaitu Muzium Hudaibiah. Dalam Muzium Hudaibiah terdapat benda-benda dari dua masjid iaitu Masjidil Haram di Mekkah dan Masjid Nabawwi di Madinah seperti kiswah kaabah, pintu masjid yang ditukar baru, kemudian yang lama tu dia dijadikan sebagai barang-barang simpanan dalam muzium. Kilang kiswah bersebelahan dengan Muzium Hudaibiah. Sebelum pulang, pihak muzium memberi alQuran. Aku juga berkesempatan melawat ladang unta. Merasa juga minum susu unta yang fresh dari ladang. Harga jual satu botol dalam 5 Riyal.

Jabal Thur, terdapatnya Gua Hira,
Kelihatan menara jam di Masjidil Haram dari Jabal Thur.
Dalam Muzium Hudaibiah

Alhamdulillah, secara peribadinya seronok dapat buat umrah tahun ini. Puas hati dengan servis yang
diberikan oleh Gemilang Travel & Tour. Keseronokan lagi bila menjejaki kaki di bumi Madinah dan Mekkah. InshaAllah, jika berpeluang lagi untuk pergi ke sana terasa nak sangat pergi. Terima kasih banyak-banyak kepada Gemilang Travel & Tour kelolaan dari Mesir oleh Ustaz al Hafiz dan tidak lupa kepada sahabat-sahabat yang turut pergi bersama. Mudah-mudahan kita berpeluang untuk pergi lagi ke sana. Tidak lupa juga kepada pengunjung blog ini, yang mana sudah pergi tu didoakan agar dapat menjejaki lagi ke sana. Yang mana belum pergi, mudah-mudahan dipermudahkan untuk ke sana (Madinah & Mekkah). Aaminn..



Tinta Pejuang Islam
16 Mac 2016
9:14 PM
R.A.M, Shoubra.
Mesir
Share:

0 comments:

Post a Comment

Labels