"Tidak Ada Had Umur Dalam Perjuangan Gerakan Islam Kerana Penamatnya Ialah Mati".

Sunday 10 July 2016

Pekerja Abah Yang Setia

"Vromm" "vroom" "vrommm"

Bunyi motor kedengaran dihadapan rumah keluarga Pak Cik Yusof. Udin baru lepas siap dari makan tengahari menegur adiknya.

"Adik, Cik Edi kat depan, gi ambil duit."

"Alah udin lah gi ambil. Adik nak gi mandi nanti nak gi kelas fardhu ain pulak"

"Alah adik ni..sekejap je..cepat.. cepat.. Cik edi dah tunggu tu." dengan reaksi menyuruh adik bongsu pergi mengambil bungkusan duit.

"Uish! Udin ni..".(sambil berlari anak pergi ke ruang tamu)


******************************************************

Begitulah setiap hari berlaku pada waktu tengahari. Pekerja Pak Cik Yusof pasti akan menghantar duit hasil jualan di pasar. Pekerja Pak Cik Yusof hanya dua orang. Cik Yunus dan Cik Edi.

Mereka berdua adalah pekerja paling rajin dan setia bekerja dengan Pak Cik Yusof. Lebih hampir 20 tahun lebih anak-anak Pak Cik Yusof mengenali pekerja abah mereka. Semenjak anak-anak Pak Cik Yusof belum lahir lagi Cik Yunus dan Cik Edi mula bekerja dengan abah mereka.

Kadang tu, udin pergi ke pasar abahnya untuk mengambil barang-barang keperluan untuk dibawa pulang ke asrama. Rajin juga Cik Edi dan Cik Yunus menegur.

"Bila balik asrama?"

"Ari esok?"

"Udin sekarang belajar mana?" Tegur Cik Yunus.

Kelihatan Cik Edi yang senyum melihat perbualan kami berdua. Jarang berbual. Tapi sokmo senyum apabila bersua muka.

******************************************************

Cik Yunus sudah berumah tangga mempunyai enam orang cahaya mata. Cik Edi belum berkahwin. Ada ketika, mereka berdua bekerja membantu Pak Cik Yusof di kebun jagung atau keledek dan kelapa.

Kini, taqdir Allah penentu segalanya membenarkan apa yang di firmanNya dalam al-Quran yang mulia:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ


Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. 
[aliImran:185]

Cik Edi telah meninggal dunia. Punca kematian yang dikhabarkan adalah disebabkan kencing tikus. 
Cik Edi terlantar di hospital.

Perginya dalam bulan mulia bulan Ramadan. Seorang yang baik hati. Kesetiaannya bekerja dengan abahku membuat aku rasa sedih kehilangannya. Banyak yang dia membantu keluarga kami dalam mencari rezeki dibumi Allah ini. 
إن لله وإن إليه راجعون
Ku sedekah alFatihah untukmu pekerja abahku.
Cik Edi yang telah pergi menemui Pencipta dalam bulan Ramadan.
18 Jun 2016 bersamaan 12 Ramadan 1437 H.
Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah serta tergolong di kalangan orang-orang yang soleh.

Pengakhiran kita bagaimana pula?
Share:

2 comments:

Labels