"Tidak Ada Had Umur Dalam Perjuangan Gerakan Islam Kerana Penamatnya Ialah Mati".

Friday 27 January 2017

Persinggahan di Abu Dhabi 2016

"أَوَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَيَنظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ كَانُوا أَشَدَّ مِنْهُمْ قُوَّةً وَأَثَارُوا الْأَرْضَ وَعَمَرُوهَا أَكْثَرَ مِمَّا عَمَرُوهَا وَجَاءَتْهُمْ رُسُلُهُم بِالْبَيِّنَاتِ فَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَٰكِن كَانُوا أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ"
[Ar-Rum:9]
"Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri."

36 Jam di Abu Dhabi

Perjalanan pulang ke Malaysia kali ini, aku transit di Abu Dhabi selama 36 jam. Agak lama juga. Kali ini, sahabat sepenerbangan aku telah merancang untuk travel sekitar Abu Dhabi. Perjalanan dari Mesir ke Abu Dhabi lebih kurang 4 jam. Kami tiba di Airport Abu Dhabi jam 9:00 pagi, kerana kami bermusafir dari Mesir pada jam 3;35 pagi waktu Mesir. Setiba kami di Abu Dhabi, perkara pertama yang kami buat ialah mencari info tentang tempat-tempat menarik untuk perlancongan yang mudah dilawati dari Airport. Dalam tempoh yang terhad selama 36 Jam. Maka, kami perlu menyusun trip untuk berjalan di disekitar Abu Dhabi dengan baik. Info berkenaan kami didapati dalam airport sebelum pintu keluar. Di sana, terdapat suatu sudut kuanter khas untuk tourism yang ingin mencari maklumat. Lebih kurang sejam lebih kami di kaunter tersebut, yang mana bahasa yang kami gunakan agak bercampur bahasa Arab dan juga English. Time kita travel ni lah kita nak belajar menggunakan bahasa luar. Pengalaman menarik.

Pada asalnya, kami merancang untuk cari hotel bermalam. Memandangkan harga hotel tidak sanggup kami bayar. Jadi kami memilih untuk tidur di surau airport. Beg bagasi kami simpan di tempat yang selamat iaitu di Quick Store. Ia menyediakan tempat simpanan beg bagasi. Jadi, ia cukup mudah bagi kami untuk travel tanpa beg bagasi. Hanya bawa satu beg yang perlu sahaja. Kami ambil sehari. Semua beg bagasi dalam 4 buah dalam 90+ kilo. Harga dalam 250 Dirham. Boleh lah.  

PENGANGKUTAN

Kami start bersiar selepas waktu zohor lebih kuran jam 12 lebih tengahari. Di sini, bermula episod menarik. Bagi kami yang first time untuk travel di Abu Dhabi ini, dengan duit kami bajet cukup-cukup untuk sehari lebih. Jadi, pilihan kami untuk pengangkutan ialah kenderaan awam iaitu bas. Bas di Abu Dhabi ini, agak sistematik. Kalau kita ingin naik perlu dapatkan kad. Tiada bayaran cash dibuat dalam bas tersebut semuanya hanya menggunakan kad yang telah dia sediakan di mesin di sebelah tempat menunggu bas. 2-3 kali juga kami keluar masuk bas untuk naik. Dek kerana tidak tahu penggunaan sistem kad bagi penumpang tersebut buntu buatnya kami. Setelah mendapatkan kad dengan harga 30 Dirham. Kami pun naik bas. Walaupun, masih juga ada masalah tapi atas budi bicara pemandu dengan kami yang agak kesian ni maka lepas lah kami naik. Setiap bas ada nombor yang telah ditetapkan dan nombor tersebut mengikut laluan yang telah ditetapkan. Info berkenaan boleh didapati disetiap tempat perhentian bas. Apa yang menarik juga, tempat perhentian bas ada disediakan aircond untuk penunggu.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK Di ABU DHABI

Antara tempat-tempat menarik di Abu Dhabi ialah Ferrari World Abu Dhabi, Masjid Sheikh Zayed, Yas Island, Yas Waterworld, Muzium Al-Ain, Yas Marina Circuit dan banyak lagi tempat yang menarik.  Walaupun, semua tempat menarik yang disenaraikan, tidaklah semua kami pergi. Hanya beberapa tempat sahaja. Waktu tidak mengizinkan kami. 36 jam transit. Antara tempat yang kami pergi ialah Ferrari World Abu Dhabi, Abu Dhabi Mall. Berdekatan dengan situ juga adalah IKEA. Petang tu, kami naik bas sebelum ke airport untuk naik flight ke Malaysia pada jam 10 lebih sempat lagi kami singgah di Masjid Syeikh Zayed. Besar juga masjid ni. Warnanya semua putih. Ingin juga tunjuk gambar-gambar lain ketika berada di sana. Tapi bila dibelek-belek dalam phone dan laptop tidak dijumpai. Hanya gambar ini sahaja yang jumpa. 

Di Hadapan Ferrari World Abu Dhabi.

Sedikit penceritaan saya tentang Abu Dhabi. 
Abu Dhabi boleh dikatakan negara yang bersih jugalah. Kalau dibandingkan dengan Mesir. Jauh sekali perbandingannya. Dari segi pengangkutan awam pun mudah juga untuk digunakan. Bersistem. Acap kali juga dapat melihat kereta mewah-mewah. Geram juga rasa memiliki. Huhu... Itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Travel 36 jam. Sikit sangat waktunya. 


*Penulisan saya ini beberapa kali tertangguh. Travel saya ni tahun lepas 6 November 2016. Alhamdulillah, sempat juga untuk saya siapkan penulisan ini.  InsyaAllah, nantikan penulisan saya ke Sinai pula akan. 
Share:

0 comments:

Post a Comment

Labels