"Tidak Ada Had Umur Dalam Perjuangan Gerakan Islam Kerana Penamatnya Ialah Mati".

Wednesday 8 February 2017

Menuju Puncak Thursina

وَمَكَرُوا۟ وَمَكَرَ ٱللَّهُ ۖ وَٱللَّهُ خَيْرُ ٱلْمَٰكِرِينَ
"
Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya."
[Aali-Imran: ayat 54]

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. InsyaAllah, pada kali ini saya akan kongsikan jaulah saya ke Gunung Sinai, Mesir seperti yang dijanjikan dalam penulisan saya sebelum ini. Saya mulakan dengan firman Allah s.w.t diatas kerana mempunyai situasi kami sebelum ke Sinai. Kadangkala, perancangan yang kita rancang cukup rapi untuk melakukan sesuatu tetapi perkara yang dirancang tidak berlaku seperti kita rancang. Ini kerana, Allah lah sebaik-baik perancang. Jaulah kami ke Sinai sebenarnya adalah dua buah bas. Disebabkan kelewatan pihak bas memaklumkan permasalahan bas menyebabkan kami bergerak dengan satu bas sahaja. Maka, berlaku pemilihan peserta seramai 50 orang untuk jaulah ini. Alhamdulillah, saya terpilih untuk jaulah ini. Ini semua sudah ketentuan dari Allah s.w.t. Bolehlah saya berkongsi cerita tentang jaulah saya ke Sinai. Sekiranya, saya tidak terpilih. Mungkin saya akan kongsi cerita sedih saya tidak dapat ke Sinai. Huhu.

TERUSAN SUEZ & TEROWONG AHMAD HAMDI

Perjalanan bermula pada jam 3:45 pagi. Perancangan awal adalah kol 2:00 pagi bergerak. Disebabkan masalah bas. Maka, tertunda sedikit waktu perjalanan kami. Perhentian solat subuh kami di Suez. Seperti kita tahu, dalam sejarah yang kita belajar. Di Suez terdapat terusan yang menjadi laluan perdagangan antarabangsa yang strategik. Juga menjadi rebutan. Ibaratnya, kalau kita di Malaysia tu contohnya di Selat Melaka. Laluan yang strategik untuk kapal-kapal dagangan. Begitulah contohnya. Seterusnya, saya menerus perjalanan ke Kubu Israel. Melalui juga terowong Ahmad Hamdi. Tiba di Kubu Israel pada jam 7:15 pagi.
Video| Dalam Kubu Israel

Kubu Israel.

Antara Kubu Israel. Terdapat 6 bahagian kubu yang mempunyai peranannya sendiri. 

Dalam Kubu Israel.

Sekitar Kubu Israel.

Antara alat peperangan yang ada didalam kubu.

Gambar dari hadapan.

INFO MENARIK
Terusan Suez dan Terowong Ahmad Hamdi.

Dibina pada tanggal 17 November 1869 oleh seorang panglima perang berbangsa Perancis, Ferdinand de Lesseps. Projek pembinaan terusan ini memakan masa selama 10 tahun. Panjang terusan ini mencapai 168 KM dengan lebar 120 hingga 200 meter. Terusan ini pernah satu ketika dahulu menjadi rebutan Inggeris, Perancis, dan Mesir pada peperangan tahun 1956 kerana ia merupakan pusat laluan utama kapal-kapal dagang timur dan barat. Ia juga merupakan sistem perhubungan kedua yang terpenting di dunia selepas jalan laut Atlantik Utara dan menjadi pusat perhubungan laut antara Mesir dan Israel. Di bawah terusan inilah terdapat terowong bawah tanah (Ahmad Hamdi Tunnel) yang menghubungkan Mesir dan semenanjung Sinai. Terusan ini merupakan sumber hasil utama pendapatan kerajaan Mesir dari setiap cukai kapal yang menggunakan terusan ini. Terowong ini juga merupakan penyambung antara benua Afrika dan Asia. Selepas kejayaan negara Mesir menguasai Sinai, terowong ini dibina untuk mengangkut kereta kebal, kereta perisai, meriam, senjata dan peralatan perang dan memudahkan tentera Mesir menghadapkan tentera Mesir menghadapi sebarang kemungkinan dari serangan musuh khususnya Israel. Nama terowong Ahmad Hamdi ini diambil bersempena nama panglima perang yang telah mencetuskan idea pembinaan terowong ini.
Kubu Israel.
Kubu Israel telah dibina oleh Israel sewaktu perang Israel Arab (Mesir, Jordan, Syria). Apabila jet pejuang tentera Mesir datang ingin menyerang Israel, mereka tak mampu mengesan arah kedudukan kubu Israel itu kerana kedudukannya itu membelakangkan matahari. Apabila tentera Mesir datang, mereka tidak nampak kubu Israel itu akibat silau ditambah lagi dengan keunikan pembinaan kubu Israel itu sendiri. Kubu ini dibina berbumbungkan besi (railway train), batu-batu besar dan pasir di lapisan paling atas. Apabila tentera Israel melemparkan peluru berpandu, pintu akan tertutup dan gegaran itu menyebabkan pasir-pasir di atas kubu pertahanan mereka. Kubu ini juga merupakan tinggalan yang penuh sejarah setelah menerima kekalahan dalam peperangan antara tentera Mesir pada tahun 1960 an. Selain itu, terdapat banyak juga kesan peninggalan tentera Israel yang terdapat di situ. Antaranya ialah alat kelengkapan perang samada yang telah musnah atau yang masih dalam keadaan baik.
MELAWAT MAQAM NABI SOLEH, NABI HARUN DAN KESAN TINGGALAN LEMBU SAMIRI 

Perjalanan diteruskan lagi selepas dari melawat Kubu Israel ke hotel untuk check in hotel. Sebelum itu, kami akan melawat Maqam Nabi Soleh, Nabi Harun dan kesan tinggalan lembu Samiri. Ia tidaklah jauh dari tempat hotel kami menginap. Maqam Nabi Soleh jauh sedikit dari hotel. Manakala, Maqam Nabi Harun dan tinggalan lembu Samiri dekat dengan hotel dan juga Gunung Sinai. Seperti biasa setiap kali berhenti di tempat yang kami lawat. Maka, camera handphone memainkan peranan untuk kami ambil gambar. Tambahan pula, pihak penganjur membuat pertandingan gambar tercantik dan menarik dan dipost dalam Instagram dengan #Frozen17. Saya jarang sekali masuk pertandingan begini. Terasa ingin cuba. Setiap side panorama saya ambil. Mengikut ksesuaian pemandangan. SubhanAllah. Ciptaan Allah itu cantik. Memang sesuai dengan FirmanNya yang menyuruh kita berjalan di atas muka bumi ini sambil melihat kesan-kesan umat terdahulu.

                         ۞ أَوَلَمْ يَسِيرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ فَيَنظُرُوا۟ كَيْفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلَّذِينَ كَانُوا۟ مِن قَبْلِهِمْ ۚ كَانُوا۟ هُمْ أَشَدَّ مِنْهُمْ قُوَّةً وَءَاثَارًا فِى ٱلْأَرْضِ فَأَخَذَهُمُ ٱللَّهُ بِذُنُوبِهِمْ وَمَا كَانَ لَهُم مِّنَ ٱللَّهِ مِن وَاقٍ

"Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu adalah orang-orang yang lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Maka sekalipun demikian, Allah binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka, dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah.
[Surah alGhafir: ayat 21]

Di luar Maqam Nabi Soleh a.s

Di dalam Maqam Nabi Soleh a.s

Lembu Samiri|Bentuk lembu pada bukit.
Cari sampai dapat siapa yang tak jumpa tu haha

Maqam Nabi Harun a.s


Alhamdulillah, gambar ni menang tempat ke-3. #Frozen17 di Instagram.

Panorama| Sekitar Maqam Nabi Soleh a.s

INFO MENARIK
Maqam dan Perkampungan Nabi Soleh.

Baginda merupakan nabi kelima dan menjadi Rasul pada tahun 1990 sebelum masihi. Suatu ketika dahulu, Allah s.w.t telah mengutuskan Nabi Soleh untuk menyampaikan dakwah kepada kaum Thamud. Maka Nabi Soleh telah berhijrah dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Antara kawasan yang dipercayai pernah dijadikan tempat penginapan Nabi Soleh bersama pengikutnya yang menerima seruan dakwah Islam terletak di kaki bukit Thursina ini. Terdapat beberapa pohon yang menjadi simbol kawasan tersebut. Ia dapat dilihat dengan jelas apabila melalui kaki bukit sebelum sampai ke puncak bukit Thursina. Nabi Soleh a.s juga telah dicabar oleh kaumnya bagi menunjukkan mukjizatnya jika ia benar-benar nabi yang diutuskan oleh Allah. Akhirnya, dengan izin Allah, doanya agar Allah mengeluarkan seekor unta unta betina dari perut sebuah bukit berhadapan dengan mereka termakbul. Lantas, peringatan diberikan kepada kaum Thamud agar tidak membunuh unta betina jika tidak mahu bala Allah menimpa mereka. Namun peringatan itu tidak diendahkan dan mereka menerima azab Allah s.w.t sebagaimana yang dijanjikan ke atas mereka dalam Surah asySyam ayat 12-15.
 إِذِ ٱنۢبَعَثَ أَشْقَىٰهَا
12.Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat),

فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ ٱللَّهِ نَاقَةَ ٱللَّهِ وَسُقْيَٰهَا
13.Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: " (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!"

فَكَذَّبُوهُ فَعَقَرُوهَا فَدَمْدَمَ عَلَيْهِمْ رَبُّهُم بِذَنۢبِهِمْ فَسَوَّىٰهَا
14.(Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).

وَلَا يَخَافُ عُقْبَٰهَا
15.Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil). 

Maqam Nabi Soleh terletak beberapa kilometer dari maqam Nabi Harun a.s.

Maqam Nabi Harun a.s

Diambil dari nama Harun bin Imran bin Qahits bin Lawi bin Yaakub bin Ishak bin Ibrahim. Terletak berhampiran mata air Nabi Musa a.s. Nabi Harun a.s hidup selama 122 tahun. Baginda wafat 11 bulan sebelum kematian Nabi Musa a.s, di daerah al-Tilh, iaitu sebelum Bani Israel memasukki Palestin. Beliau yang fasih berbicara dan mempunyai pendirian tetap sering mengikuti Nabi Musa a.s dalam menyampaikan dakwah kepada Firaun, Hamman, dan Qarun. Nabi Musa a.s mengakui saudaranya fasih berbicara dan berdebat. Maqam Nabi Harun a.s terletak berdekatan maqam Nabi Soleh a.s di Bukit Thursina.

Kesan Tinggalan Lembu Samiri



Apabila Nabi Musa terlambat pulang bermunajat kepada Allah, Bani Israel mula meragui kenabian dan agama yang dibawa olehnya. Salah seorang dari pemimpin mereka yang bernama Samiri, telah menghimpunkan emas, perak dan barang perhiasan lalu membentuk seekor anak lembu dan membawa kaumnya supaya menyembah dan menyembelih korban kepada Tuhan baru mereka. Sekembalinya Nabi Musa a.s bermunajat, dia membawa bersamanya kitab Taurat sebagai ajaran dan panduan kepada Bani Israel. Namun, Nabi Musa a.s kecewa setelah baginda mendapati kaumnya mensyirikkan Allah s.w.t dengan menyembah patung berhala yang dibuat oleh Samiri. Gambaran patung lembu tersebut dikatakan pancaran daripada patung emas yang dibuat oleh Samiri (pengikut kepada Nabi Musa a.s). Lalu pancaran tersebut terkena ke bukit dan membentuk ukiran seekor lembu. Ukiran ini dapat dilihat dengan jelas kira-kira 20 meter dari tempat tersebut. Ada pendapat yang menyatakan ia bukan hasil pancaran dari patung emas tersebut tetapi ia hanyalah kesan luluhawa yang membentuk seperti lembu. Ia terletak berhampiran maqam Nabi Harun a.s dan Mata Air Nabi Musa a.s.

Sedikit kisah dari alQuran yang Allah ceritakan kepada Nabi Muhammad s.a.w mengenai lembu Samiri

‎قَالَ فَإِنَّا قَدْ فَتَنَّا قَوْمَكَ مِنۢ بَعْدِكَ وَأَضَلَّهُمُ ٱلسَّامِرِىُّ
"(Setelah selesainya urusan itu) maka Allah berfirman kepada Nabi Musa: "Sesungguhnya Kami telah mengenakan kaummu satu fitnah ujian sepeninggalanmu, dan mereka telah disesatkan oleh Samiri"

‎فَرَجَعَ مُوسَىٰٓ إِلَىٰ قَوْمِهِۦ غَضْبَٰنَ أَسِفًا ۚ قَالَ يَٰقَوْمِ أَلَمْ يَعِدْكُمْ رَبُّكُمْ وَعْدًا حَسَنًا ۚ أَفَطَالَ عَلَيْكُمُ ٱلْعَهْدُ أَمْ أَرَدتُّمْ أَن يَحِلَّ عَلَيْكُمْ غَضَبٌ مِّن رَّبِّكُمْ فَأَخْلَفْتُم مَّوْعِدِى
"Maka kembalilah Nabi Musa kepada kaumnya dengan perasaan marah dan dukacita; ia berkata: "Wahai kaumku! Bukankah Tuhan kamu telah menjanjikan kamu dengan satu perjanjian yang baik? Patutkah kamu merasa panjang masa pemergianku menerima apa yang dijanjikan itu? Atau kamu sengaja menghendaki supaya kamu ditimpa kemurkaan dari Tuhan kamu, lalu kamu menyalahi perjanjian kamu denganku?"

‎قَالُوا۟ مَآ أَخْلَفْنَا مَوْعِدَكَ بِمَلْكِنَا وَلَٰكِنَّا حُمِّلْنَآ أَوْزَارًا مِّن زِينَةِ ٱلْقَوْمِ فَقَذَفْنَٰهَا فَكَذَٰلِكَ أَلْقَى ٱلسَّامِرِىُّ
"Mereka menjawab: "Kami tidak menyalahi janji kami kepadamu itu dengan kuasa dan ikhtiar kami, tetapi kami telah dibebankan membawa barang-barang perhiasan orang-orang (Mesir) itu, supaya kami mencampakkannya ke dalam api lalu kami melakukan yang demikian, maka demikianlah juga "Samiri" mencampakkan apa yang dibawanya."

‎فَأَخْرَجَ لَهُمْ عِجْلًا جَسَدًا لَّهُۥ خُوَارٌ فَقَالُوا۟ هَٰذَآ إِلَٰهُكُمْ وَإِلَٰهُ مُوسَىٰ فَنَسِىَ
"Kemudian Samiri mengeluarkan untuk mereka dari leburan barang-barang itu (patung) seekor anak lembu yang bertubuh lagi bersuara, lalu mereka berkata: "Ini ialah tuhan kamu dan tuhan bagi Musa, tetapi Musa telah lupa!"

‎أَفَلَا يَرَوْنَ أَلَّا يَرْجِعُ إِلَيْهِمْ قَوْلًا وَلَا يَمْلِكُ لَهُمْ ضَرًّا وَلَا نَفْعًا
"Patutkah mereka tidak mahu berfikir sehingga mereka tidak nampak bahawa patung itu tidak dapat menjawab perkataan mereka, dan tidak berkuasa mendatangkan bahaya atau memberi manfaat kepada mereka?"

‎وَلَقَدْ قَالَ لَهُمْ هَٰرُونُ مِن قَبْلُ يَٰقَوْمِ إِنَّمَا فُتِنتُم بِهِۦ ۖ وَإِنَّ رَبَّكُمُ ٱلرَّحْمَٰنُ فَٱتَّبِعُونِى وَأَطِيعُوٓا۟ أَمْرِى
"Dan demi sesungguhnya, Nabi Harun telahpun berkata kepada mereka sebelum itu: "Wahai kaumku, sesungguhnya kamu hanya diperdayakan dengan patung itu, dan sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang melimpah-limpah rahmatNya; oleh itu, ikutlah daku dan taatlah akan perintahku".

‎قَالُوا۟ لَن نَّبْرَحَ عَلَيْهِ عَٰكِفِينَ حَتَّىٰ يَرْجِعَ إِلَيْنَا مُوسَىٰ
"Mereka menjawab: "Kami tidak sekali-kali akan meninggalkan penyembahan patung ini, (bahkan) kami akan tetap menyembahnya hingga Nabi Musa kembali kepada kami".

‎قَالَ يَٰهَٰرُونُ مَا مَنَعَكَ إِذْ رَأَيْتَهُمْ ضَلُّوٓا۟
"(Sekembalinya), Nabi Musa berkata: "Wahai Harun, apakah maniknya yang menghalangmu ketika engkau melihat mereka sesat,"

‎أَلَّا تَتَّبِعَنِ ۖ أَفَعَصَيْتَ أَمْرِى
"Daripada menurutku? Adakah engkau ingkar akan suruhanku?"

‎قَالَ يَبْنَؤُمَّ لَا تَأْخُذْ بِلِحْيَتِى وَلَا بِرَأْسِىٓ ۖ إِنِّى خَشِيتُ أَن تَقُولَ فَرَّقْتَ بَيْنَ بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ وَلَمْ تَرْقُبْ قَوْلِى
"Nabi Harun menjawab: "Wahai anak ibuku! Janganlah engkau meragut janggutku dan janganlah menarik (rambut) kepalaku. Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata kepadaku: ` Engkau telah memecah-belahkan kaum Bani lsrail sesama sendiri, dan engkau tidak berhati-hati mengambil berat pesananku! ' "

‎قَالَ فَمَا خَطْبُكَ يَٰسَٰمِرِىُّ
"(Sesudah itu Nabi Musa hadapkan kemarahannya kepada Samiri lalu) bertanya: "Apa pula halmu, wahai Samiri?"

‎قَالَ بَصُرْتُ بِمَا لَمْ يَبْصُرُوا۟ بِهِۦ فَقَبَضْتُ قَبْضَةً مِّنْ أَثَرِ ٱلرَّسُولِ فَنَبَذْتُهَا وَكَذَٰلِكَ سَوَّلَتْ لِى نَفْسِى
Ia menjawab:" Aku mengetahui dan menyedari apa yang tidak diketahui oleh mereka, lalu aku mengambil segenggam dari kesan jejak Rasul itu, kemudian aku mencampakkannya; dan demikianlah aku dihasut oleh hawa nafsuku".

‎قَالَ فَٱذْهَبْ فَإِنَّ لَكَ فِى ٱلْحَيَوٰةِ أَن تَقُولَ لَا مِسَاسَ ۖ وَإِنَّ لَكَ مَوْعِدًا لَّن تُخْلَفَهُۥ ۖ وَٱنظُرْ إِلَىٰٓ إِلَٰهِكَ ٱلَّذِى ظَلْتَ عَلَيْهِ عَاكِفًا ۖ لَّنُحَرِّقَنَّهُۥ ثُمَّ لَنَنسِفَنَّهُۥ فِى ٱلْيَمِّ نَسْفًا
"Nabi Musa berkata kepada Samiri: "Jika demikian, pergilah, (engkau adalah diusir dan dipulaukan), kerana sesungguhnya telah ditetapkan bagimu akan berkata dalam kehidupan dunia ini: ` Jangan sentuh daku ', dan sesungguhnya telah dijanjikan lagi untukmu satu balasan akhirat yang engkau tidak sekali-kali akan terlepas daripadanya. Dan (sekarang) lihatlah kepada tuhanmu yang engkau sekian lama menyembahnya, sesungguhnya kami akan membakarnya kemudian kami akan menghancur dan menaburkan serbuknya di laut sehingga hilang lenyap."

‎إِنَّمَآ إِلَٰهُكُمُ ٱللَّهُ ٱلَّذِى لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۚ وَسِعَ كُلَّ شَىْءٍ عِلْمًا
"Sesungguhnya Tuhan kamu hanya Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu".

‎كَذَٰلِكَ نَقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنۢبَآءِ مَا قَدْ سَبَقَ ۚ وَقَدْ ءَاتَيْنَٰكَ مِن لَّدُنَّا ذِكْرًا
"Demikianlah Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), sebahagian dari kisah-kisah umat manusia yang telah lalu; dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu, dari sisi Kami (sebuah Kitab Al-Quran yang menjadi) peringatan." 
[Surah Taa-Haa:ayat 85-99]

MENUJU PUNCAK THURSINA

Selepas check in hotel, pada sebelah malam kami merehatkan diri sebentar bagi mengumpul tenaga untuk mendaki puncak Thursina. Pelbagai persediaan yang perlu dilakukan. Antaranya, kesihatan diri, pemakaian. Ini kerana, dipuncak Thursina tersangat sejuk. Kalau jenis macam saya ni memang tak tahanlah sejuk. Kami mula bergerak ke Bukit Thursina pada jam 2:10 pagi. Saya berada di belakang sekali dalam kumpulan bersama sahabat saya yang merupakan ajk disiplin program. Tujuan dia untuk memantau pergerakkan sahabat-sahabat lain sekiranya terdapat masalah yang tidak diduga. Saya hanya menyibuk sahaja. haha. Kali pertama saya berjalan dengan unta yang dibawa oleh orang arab disitu. Saya tak naik pun unta tu. Setiap kali berjalan tu, unta tu dibelakang saya, setiap beberapa minit bunyi kocakan air dalam tubuh badan unta. Mungkin dia sedang minum air yang dia simpan dalam bonggol dia dibelakang. Setiap beberapa minit jugalah ammu unta tu pelawa naik unta dia dengan bayaran 100LE. Saya menolak. Ketika kita mendaki menuju puncak bukit itu, terdapat beberapa check point. Boleh rehat seketika. Bagi saya ni pengalaman ketiga mendaki. Pertama Bukit Panorama, Kuantan. Kedua, Bukit Thur, Mekah dan ketiga Bukit Thursina, Mesir. Ketinggian memang berbeza. Suhu juga berbeza. Alhamdulillah, sampai di puncak dalam jam 5:30 pagi. Sampai-sampai terus solat subuh. Selesai solat subuh, menunggu matahari terbit. Pengalaman yang menarik melihat matahari terbit dari atas bukit Thursina.
Jam 6:10 pagi| Puncak Thursina

Alhamdulillah, sampai juga puncak.

Panorama| Dari puncak Thursina

Panorama| Perjalanan turun dari puncak Thursina.

ATV DAN SNORKELING (BLUE HOLE) DI DAHAB

Aktiviti terakhir ialah di Dahab. Setelah berjaya mendaki puncak Thursina, kami bergerak pula ke Dahab. Di Dahab, aktiviti yang tidak asing lagi ialah memandu ATV dan snorkeling. Ada je kalau siapa teringin untuk diving di Blue Hole. Alhamdulillah, pengalaman pertama kali bawa ATV. Seronok jugalah walaupun kena tegur dengan arab dek kerana saya potong line. Biasalah, kalau dapat memandu. Mesti laju-laju. Haha..saje je.. Kos perbelanjaan untuk ATV 170LE untuk dua orang. Snorkeling 60LE. Di Dahab, sempat juga membeli-belah mencari apa yang patut.
Blue Hole| Sejuk giler mandi..huhu

ATV

Akhirnya,  Alhamdulillah, semua trip kami ke Sinai berjalan lancar walaupun perancangan awal oleh pihak penganjur Dewan Perwakilan Mahasiswa (MAQAZ) Shoubra dengan dua bas. Namun perancangan Allah, kami pergi dengan satu bas. Semoga penulisan ini memberi manfaat kepada mereka yang sudi membaca dari blog ini.

P/S:Sumber Info Menarik dari buku program FROZEN 17, DPM (MAQAZ) Shoubra 
Share:

0 comments:

Post a Comment

Labels