Alhamdulillah 🤲🏻
هذا من فضل ربي 🤲🏻
{ إِنَّا نَحۡنُ نَزَّلۡنَا ٱلذِّكۡرَ وَإِنَّا لَهُۥ لَحَٰفِظُونَ }
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.
[Surah Al-Ḥijr: 9]
Rasulullah SAW menjadi "Al-Quran berjalan," dan akhlaknya dibentuk oleh wahyu. Kanak-kanak yang menghafaz Al-Quran diajar untuk mematuhi perintah Allah sejak kecil.
Rasulullah SAW bersabda:
"Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya."
(Riwayat Bukhari)
Menghafaz sejak kecil menjadikan mereka generasi yang mencintai Al-Quran dan berakhlak mulia.
Alhamdulillah, Tahniah Umar Al Faruq atas Anugerah Huffaz Cilik Profesional mewakili institusi Tadika Tahfiz Negeri Pahang (TTNP) dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) pada 18 November 2024 yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj .
Secara ringkasnya perjalanan Si Cilik Umar Al Faruq ini:-
- Iqra': bermula Jan 2023 - tamat 17 Oktober 2023 (tempoh 10 bulan)
- al Quran (baca): 18 Oktober 2023 - 27 Julai 2024, khatam bacaan Al-Quran kali pertama (tempoh 10 bulan)
- Hafaz al Quran: 1 Mac 2023 (Mula Menghafaz) Umur 3 tahun 8 bulan
26 Jun 2024 (Tamat Hafaz Juz Amma) Umur 4 tahun 11 bulan
(Tempoh 1 tahun 3 bulan)
Kaedah Hafazan Umar
- Surah Al Fatihah sehingga At Takathur - Kaedah hafazan Umar mendengar dan ikut baca (Modul Hafazan TTNP)
- Surah Al Qariah sehingga An Naba' - kaedah hafazan Umar baca sendiri dan hafaz dalam pantauan dan bimbingan.
- Start Hafaz Juz 1 - Oktober 2024.. (Doakan Umar dapat khatam dalam masa yang singkat dan Umar ingat 🤲🏻)
- Silibus Akademik di TTNP pun banyak juga Umar dah tamat seperti Bacalah Anakku ketika 4 tahun, Read Easy ketika 5 tahun.
Sebenarnya, tiada apa yang mampu dibuat untuk Si Cilik Umar melainkan membantu dia menghafaz di peringkat awal usia tadika. Teringat kata-kata Ibu Maya Novita dalam program Perkongsian Hafazan Cilik "Kemenjadian anak hafaz 30 Juz dalam usia seawal 9 tahun kerana usaha ibubapa mereka turut membantu dalam menghafaz al Quran."
Faktor utama "kemenjadian" Umar boleh hafaz ketika usia tadika ini kerana kita mewujudkan suasana hafaz Quran. Menghantar ke Tadika Tahfiz, sentiasa mendengar bacaan yang telah dihafaz. Mewujudkan sistem hafazan dan ulangan untuk dia. Masa hafaz baru, masa ulangan lama, ulangan yang baru dihafaz, berapa kali nak baca, berapa kali nak ulang, jika tidak ingat nak kena ulang lagi, bilangan untuk hafaz tanpa lihat berapa, bilangan untuk baca lihat berapa. Semua ini adalah sistem yang kita wujudkan untuk dia.
Penggunaan smartphone dan televisyen juga antara peranan utama yang perlu dielakkan atau dikawal. Ibu Maya Novita turut mengatakan perkara sama dalam Perkongsian Hafazan Cilik. Dilarang sama sekali. Kalau boleh pun, dalam pemantauan.
Semoga Umar al Faruq berjaya di dunia dan akhirat berkat berdamping dengan al Quran. Menjadi anak soleh buat abi dan umi. Begitu juga buat adiknya Umairah Al Hanaa. 🤲🏻
Terima kasih buat Muallimah² TTNP Tanjung Lumpur yang mengajar dan mendidik Umar secara langsung atau tidak langsung.
اللَّهُمَّ ارْحَمْنَا بِالقُرْءَانِ
Ya Allah Rahmatilah kami dengan al Quran.
#PerjalananHafizQuranCilik
#AbiUmiSayangUmarKeranaAllah
Pahang Media
Kesultanan Pahang
Maahad Tahfiz Negeri Pahang